Selasa, September 23, 2014

3 Tahap dalam perubahan.

idEa oLeh NuRuL aiSyaH di Jam 12:09 PG
rEaksi 
0 kOmeN
3 tahap dalam memperbaiki diri :

1. Tahap kepahitan.
Di tahap ini, kita rasa susah sangat mahu lakukan tetapi hati mahu berubah. Dan, di tahap ini kita mencari kegelisahan dalam diri kita. Kalau tidak kuatkan hati, pasti tersasar. Dan, back to normal pada diri sebelum. Kunci dalam peringkat ini ialah solat 5waktu dan sekurang-kurangnya satu page ayat dalam Alquran~ Dan, bolehlah lihat cermin sebelum mahu keluar rumah. Tanam ayat ini dalam diri "Cover your Aurah properly"

2. Tahap kebiasaan.
Di tahap ini, kita sudah mula terbiasa dengan solat dan membaca Al-Quran. Bila tertinggal salah satu perkara itu, rasa tak senang hati. Gelisah. Takut. Kamu pun mula serasi bila selalu kerap pakai yang labuh dan longgar. Ibarat orang pakai tudung bila buka tudung semula rasa "tak best" .

3. Tahap kemanisan.
Di tahap kemanisan ini, apa yang kita dapat? Tanya diri sendiri. Salah satu apa yang saya dapat ialah ketenangan. Bahagia. Belajar pun tidak stress.
p/s : Sebagai manusia, kita ada masa lalu. Dan, masa lalu tidak membataskan apa yang kita lakukan sekarang. Sekadar pengalaman.
 

♥ BeLogie Cik Nurul ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review